Hari-hari sekarang adalah hari paling tidak produktif dalam hidup saya
Sudah berminggu-minggu tidak keluar bilik menghirup udara segar, hanya sekadar menghirup air milo panas (di kala lapar) mahupun teh hijau panas (di kala kepala sudah intoxicated)
Menghadap soalan-soalan exam yang boleh buat kepala berputar 8 kali lalu tercabut
Apsal la perlu ada exam Social Medicine & Hygiene (erti : Public Health) sebagai final paper?
Tak perlu kottttt? Sudahlah sistem sangat-sangat berbeza dari sistem Malaysia, ditambah dengan pelbagai pengiraan arithmetic & statistic (wutsoeve,i'm not a fan of math)
Rasa sungguh-sungguh tak perlu belajar secara mentelaah-dengan-tekun sebab tak berapa paham sangat sistem-zaman komunis-bile-ntah yang diorang pakai. Segala mak nenek dokumen zaman atuk-atuk askar topi tebal dlu semua ada...hishhhhh. Lek la dulu,saya baru nak lepas jadik dokte biasa, dose Digoxin pun merangkak lagi nak kira..bukan nak balik terus jadik Pengarah Hospital (uihhh..tak terjangkau dek akal fikiran pon)
(Eh sebenarnye subjek ni best kalau diajar secara seronok macam buat lawatan sambil belajar ke hospital/medical establishment & buat bancian & kajian secara serius, buat-buat macam betul-betul jadi penganalisis kesihatan...memang akan best,tak tipu.(best btui dengar lecture by Dr.Stephen US tu kan?) Tapi, kawan-kawanku sekalian,korang pun tau la kan camne kite blaja subjek2 tu kat sini kan?*menguap*)
Ade orang penah bitau saya : 'Kalau study, niat bukan sebab nak exam, tapi study lah sebab kita memang berminat nak tau bende tuh,sebab bende tu berguna untuk masa-depan kita'
Setuju semua orang?
Saya pun setuju, tapi terpakse buat exceptional untuk kes 2 subjek ini
Study untuk lepas exam saja lah,boleh?
So apa lagi? Mari sambung study secara kurang-prihatin-target lepas exam
Exam tinggal 6 hari je lagi nih...Sekarang barulah nak cuak. Tula hati tu keras sangat~
Ok kawan-kawan,doakan saya yerrr
p/s : Since mama dah tere join fesbuk nih, habis gamba2 ai die komen, page kawan-kawan ai pun die singgahhhh lalu memberi komen okeeee. Hikhik,how comel is dat rite? Mama,I LUV u!! Lepas ni i'll teach her buat blog pulak lah.Mama saya pandai mengarang i tell u..dh nama pun cikgu BM :p..And lepas ni boleh chat dgn mama slalu sbb die dah masukkan line intenet kat umah..wauuweee junior jussss!!!
Till then,
take care all
wassalam~